Monday, February 8, 2010

Bangkitlah MELAYU!

1400..

Bermulalah pembangkitan serta penubuhan kerajaan Melayu.Keagungan Melayu dahulunya dibangga-banggakan oleh mereka sebelum kita.Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca iaitu bahasa perantaraan semua pedagang.Cuba bayangkan, orang dari Jepun,China,India,Arab,Barat cakap bahasa kita ini. Mesti best. Sekarang, Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan. Bahasa sendiri pun ta berapa mahir, inikan pula bahasa lain perlu dipelajari.



Cubalah kau fikir,

Adakah Melayu sekarang menguasai ekonomi negara?

Siapakah yang paling kaya dalam negara kita? Orang Melayukah?

Ingatlah! Melayu masih boleh bangkit! Bangkit dari tidur serta igauan buruk!

Jika perkara ini iaitu maruah melayu terhakis, maka hilanglah serta terkuburlah kata-kata hang Tuah dulu.... "Takkan Pupus Melayu Di Dunia..."

Kini, di Malaysia (Malayu+Asia!) orang Melayu semakin hilang kesedaran dan pengetahuan dari mana mereka berasal. Sungguh sedih jika hendak diingat semula perjuangan orang Melayu untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Mereka yang bertungkus lumus untuk membebaskan Tanah Melayu dari kekacauan, tapi apa yang kita buat? Adakah kita menjalankan amanat pemimpin kita terdahulu? Atau kita leka dengan arus godaan budaya barat? Seluar diketat-ketatkan, baju pun diketatkan,pakai pakaian yang menjolok mata....
Jika kita lihat, kalau pekerja pejabat, berap banyak orng yang pakai baju kurung berbanding pakaian kasual pekerja? Jika benar ini negara Melayu, kenapa tidak mewajibkan semua warga Melayu di negara kita memakai Baju Kebangsaan, baju Melayu bagi lelaki Melayu perkasa, baju Kurung bagi perempuan melayu yang sopan serta jelita? Alangkah manisnya jika seluruh negara kita seperti keadaan begitu.... Alangkah baiknya~...

Oeh itu, janganlah biarkan Melayu turus mundur. Saya yakin, jika Melayu belia dididik dengan sebaiknya, tentu Melayu takkan terus pupus dari dunia yang fana ini.... Aku Yakin!!!!
InsyaAllah.....

No comments:

Post a Comment